Pages

Friday 25 November 2011

8 Habit yang boleh membantu anda untuk terus menulis blog

Tidak kira apa tujuan kita menulis blog, tidak kira betapa hebatnya tools yang kita ada. Apa yang penting adalah kita mesti mempunyai habit yang betul dalam melakukan aktiviti menulis blog. Penulis yang baik akam mengamalkan beberapa habit penting untuk terus kekal menulis kandungan yang baik dan berterusan.

Antara perkara utama yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

1.Faham apakah misi anda dan juga anda perlu menulisnya

Setiap orang mempunyai sebab untuk melakukan sesuatu. Walaupun atas tujuan apa sekalipun, kita semua mesti ada tujuan. Sebelum menulis, pastikan kita mempunyai "draf" kandungan topik yang akan kita tulis. Penulisan tanpa perancangan akan mengakibatkan kita akan hilang fokus dalam menulis isi kandungan.

Sama seperti di sekolah dahulu, setiap karangan mesti ada isi, huraian dan juga contoh. Barulah ia boleh dikelaskan sebagai karangan yang berkualiti.

Dan yang kedua, kita mesti menulisnya!

2. Buat Kajian

Setelah kita tahu apakah tujuan kita menulis blog, langkah seterusnya adalah membuat kajian. Setiap artikel yang berkualiti, biasanya didatangkan dengan kajian yang teliti terlebih dahulu. Tidak kira apakah idea yang akan keluar, yang penting kita mesti melakukan 'homework" sebelum melakukan aktiviti blogging.

Biasanya, bila sudah ada maklumat, maka kita akan lebih mudah menyampaikan apa yang kita mahukan kepada pembaca blog kita.

3. Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan blog kita

Apabila kita tidak menulis blog, sudah pasti kita akan mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti lain. Cari hobi atau minat yang sama dengan aktiviti blog kita lakukan. Hadiri sebarang kelas, workshop yang berkaitan, membaca majalah, ebook dan sebagainya untuk menambah pengetahuan kita. Selain itu, aktiviti paling mudah adalah dengan melawat blog orang lain dan membaca artikel yang berkaitan dengan apa yang kita tulis di blog.

Selain menambah pengetahuan, boleh juga menambah kenalan dan juga memberi inspirasi kepada diri sendiri.

4. Tubuhkan satu pasukan atau kumpulan blog

Maksudnya di sini, bukanlah menubuhkan pasukan bolasepak ye? Gurau sahaja..hehe. Maknanya, sekurang-kurangnya, kita mesti ada sekumpulan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama dalam melakukan aktiviti blogging ini. Buat pertemuan sekurang-kurangnya satu minggu sekali untuk berbincang tentang aktiviti yang kita minat bersama.

5. Bahagi-bahagikan artikel

Jika kita mempunyai banyak idea penulisan,  dan apa yang ingin kita tulis itu panjang, bahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya membahagikan satu-satu artikel kepada 2 bahagian "part-1" dan "part-2". Ini juga adalah langkah bijak untuk menarik trafik ke blog kita kerana pembaca blog pasti akan tertunggu-tunggu artikel anda yang seterusnya.

6. Abaikan Kritikan dalaman

Tidak dapat tidak, kritikan dalaman akan mempengaruhi fikiran kita untuk menulis artikel. Apa yang paling menakutkan adalah, fikiran yang negatif. Pernyataan seperti "boleh ke aku menulis blog?", "betul ke apa yang aku buat ni?" dan sebagainya akan menjahanamkan idea penulisan kita dan juga menyebabkan semangat kita menurun. Apa yang penting adalah"anda buat sahaja" seperti slogan NIKE "Just Do It".

7. Belajar dari kritikan orang lain

Bagi seorang manusia yang berbangsa melayu, kritikan adalah sesuatu yang sangat-sangat mahu dielakkan. Betul tak? Ini adalah kerana, sejak dari kecil, kita diajar untuk malu jika melakukan kesalahan dan kesilapan. Akibatnya bila sudah dewasa, takut di kritik dan malu tidak bertempat.

Seorang penulis blog yang bagus akan bersedia untuk dikritik (maksudnya kriktikan yang membina) dan mendengar pendapat orang lain tentang penulisan mereka. Saya juga menasihatkan diri sendiri supaya tidak melakukan apa yang saya tulis sekarang hehe. Korang boleh beri komen ye nanti.. ;)

Kritikan yang membina akan menaikkan semangat kita
8. Tahu senjata utama anda

Setiap blogger mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Tumpukan kepada senjata anda yang paling hebat untuk menambat hati para pelawat anda. Ini adalah kerana, kita semua adalah unik dan setiap kita mempunyai corak penulisan yang berbeza. Bergantung kepada individu tersebut untuk mengasah parangnya sendiri.

Ada orang hebat dalam mempromosi, ada yang hebat dalam merayu, ada yang hebat dalam bermain bolasepak..eh...ada kena mengena ke?;)

Kesimpulan

Serperti yang kita semua maklum, mencipta Habit yang baik adalah lebih mudah dari membuang habit kita yang buruk. Oleh itu, ambil peluang ini untuk mencipta habit-habit yang hebat supaya kita dapat terus melakar kejayaan dalam menulis blog yang berkualiti.

Setiap orang adalah unik, anda adalah unik, penulisan kita adalah unik. Saya harap saya sendiri dapat amalkan dan juga anda semua dapat melakukan perkara yang sama. InsyaAllah.

Berjumpa lagi pada artikel yang akan datang. Pastikan anda terus bersama saya ok? :) Yosh!





No comments:

Post a Comment