Pages

Thursday 24 November 2011

"Tip Blogging" terbaik untuk anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang kepada para pengunjung blog semua. Walaupun ini bukanlah blog pertama yang mengutarakan perihal berkaitan dengan panduan dan tip blog, tetapi ianya akan menjadi salah satu rujukan penting buat anda semua. InsyaAllah.

Objektif blog ini adalah seperti berikut:

  1. Amat jelas berpandukan kepada alamat blog ini sendiri iaitu tip-blogging.blogspot.com. Maka banyak cerita di dalam blog ini berkaitan dengan tip blog dan panduan blog
  2. Kesemua tip blog di dalam blog ini akan di sampaikan 100% dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa melayu( saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk anda). Ini kerana, sangat kurang panduan blog di dalam bahasa melayu di samping tujuannya adalah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.
  3. Alang-alang buat blog, biar sampai jadi duit.
  4. Sebagai panduan PERCUMA untuk mereka yang masih baru dalam bidang ini.
Di atas adalah 4 objektif utama blog ini dibina. Jadi, saya berharap ianya amat jelas kepada anda dan kita sama-sama dapat pelajari sesuatu yang baru setiap hari di samping berkongsi maklumat berkaitan blog. Jika anda rasa blog ini sangat memberi manfaat, sila beritahu kepada rakan-rakan yang lain. Semoga usaha kita ini diberkati, insyaAllah.

Berjumpa lagi pada artikel seterusnya. ;)


No comments:

Post a Comment